Ahmad Maslan dan Shahrir Samad tiba di mahkamah

2020-01-21 57

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan dan bekas ahli parlimen Johor Bahru yang juga bekas menteri, Shahrir Samad tiba di Mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Kedua-dua pemimpin Umno itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.