Azan dilaungkan ikhtiar cari mangsa lemas

2020-01-18 17

BERITA SEMASA 18 JANUARI 2020 Laungan sayu azan secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga mangsa lemas di Pantai Teluk Bidara meruntun hati pasukan penyelamat dan orang ramai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Teluk Bidara, di sini. Ia dilakukan sebagai ikhtiar dalam pencarian empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda di pantai itu petang semalam. Sehingga jam 2 petang tadi, mangsa, Muhammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee masing-masing berusia 21 tahun masih belum ditemui. Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim dan Farah Shazwani Ali. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa

Free Traffic Exchange