Presiden PKR Anwar Ibrahim berharap rakyat dapat membantu mengurangkan ketegangan dalam isu-isu melibatkan kaum dan agama yang timbul di negara ini.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas perhiasan sempena tahun baru Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1 di Selangor, yang didakwa sesetengah pihak sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Secara umumnya kita harus bantu menyederhanakan sikit (keadaan) kerana kadang kadang, misalnya (dalam isu) tulisan Jawi, reaksi yang melampau pun tidak elok juga.
"Dalam hal yang sama, ini sambutan tahun baru Cina. Kita sebagai warga Malaysia, termasuk saya, ucapkanlah 'selamat tahun baru' (dan ucapan lain seperti) ‘Xinnianhao’ (semoga hari-hari di tahun baru baik), dan bagi mereka (masyarakat Cina) gembira," katanya yang juga anggota parlimen Port Dickson.