Selepas beberapa hari projek perintis perkhidmatan teksi motosikal yang dilaksanakan di sekitar Lembah Klang bermula awal bulan ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook membuat pemeriksaan mengejut dengan memesan khidmat perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi itu.
Bercakap persoalan tentang bagaimana jika seseorang wanita mahu menggunakan perkhidmatan ini, beliau berkata pembonceng wanita itu boleh memilih penunggang wanita di dalam aplikasi itu nanti.