Pejuang hak bukan mahu menari berbogel di jalanan - Marina

2019-12-10 2

Golongan yang menuntut hak mereka sebenarnya bukan mahukan hak lebih daripada orang lain, kata aktivis sosial, Marina Mahathir, dalam ucapan dasar bagi memperingati Hari Hak Asasi Manusia Sedunia hari ini.

Bercakap pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur, Marina berkata, golongan minoriti selalu dizalimi kerana sering disalah fahanm sebagai cuba mendapatkan layanan istimewa.

Walhal, kata beliau, pada hakikatnya mereka hanya mahu dilayan dengan sama rata, sama seperti orang lain.

"Orang yang memiliki keistimewaan sering mendakwa bahawa jika kita memberi lebih banyak hak kepada orang lain, mereka mungkin akan menyalahgunakannya.

"Jika kita memberi mereka (golongan minoriti) kebebasan untuk menjadi diri sendiri, mereka (golongan yang mendapat keistimewaan tadi) akan berkata: mereka pasti akan mahu menari berbogel di jalanan,” katanya.'

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong.

Marina juga menggambarkan dakwaan tersebut sebagai alarmist propaganda (propaganda untuk membuatkan rasa cemas) yang perlu dihadapi dan ditolak.

Free Traffic Exchange