Gelar 'pariah', desak pecat, Azwanddin bayar RM90,000 kepada Waytha

2019-12-09 2

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah memohon maaf kepada P Waythamoorthy atas kenyataan yang dikeluarkannya kepada menteri di jabatan perdana menteri itu dalam satu himpunan pada 25 Disember tahun lalu.

Azwanddin juga setuju untuk membayar ganti rugi sebanyak RM90,000 kepada Waythamoorthy dalam masa 30 hari

Permohonan maaf itu dibuat di depan Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam satu himpunan di Klang pada 25 Disember lalu, Azwanddin ketika berucap menggelarkan Waythamoorthy sebagai 'pariah', satu istilah yang menghina di kalangan masyarakat India.

Dalam himpunan yang diadakan berkenaan kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Azwanddin turut mendesak kerajaan memecat Waythamoorthy.

Susulan itu, Waythamoorthy memfailkan saman fitnah terhadap Azwanddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Free Traffic Exchange