Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi peringatan bahawa tindakan tegas akan diambil termasuk pemecatan keanggotaan parti jika ada percubaan untuk sabotaj Kongres Nasional yang diadakan di Melaka malam ini.
Jelasnya, ia adalah satu kesalahan yang besar.
“Dah kemuncak sebelum kongres semua cabang dan pimpinan hadir dan beri komitmen.
[...]dan saya juga beri ingatan kalau diteruskan perjumpaan, diizinkan (makan minum), tetapi kalau ada percubaan untuk merosakkan semangat perpaduan oleh mana-mana pimpinan, tindakan tegas akan diambil termasuk pemecatan ahli jika sabotaj kongres (Kongres Nasional).
"Ini satu kesalahan yang besar,” katanya ketika ditemui pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Ditanya pemberita berkenaan spekulasi kongres berasingan yang dikatakan bakal berlaku hujung minggu ini, Anwar berkata ahli yang hadir kongres itu juga akan dipecat.
Tambahnya, sudah 83 peratus perwakilan parti janji akan hadir di Melaka bagi kongres PKR.
“Setakat ini tidak ada apa-apa. Ada percubaan kecil. Saya nak jelaskan sejak tiga hari lalu, 83 peratus perwakilan janji akan hadir kongres di Melaka kalau ada pun (kongres berasingan di Kuala Lumpur) sekitar 10 peratus.
“Saya harap tiada kalau wujud dan diteruskan mana- mana pemimpin yang hadir lagi akan pecat,” katanya.