UMNO akan pinda perlembagaan parti angkat Ketua Wanita sama taraf Timb Presiden

2019-12-04 765

Umno akan meminda perlembagaan parti itu bagi mengangkat kedudukan ketua wanita Umno setaraf timbalan presiden parti itu. Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkata ia sebagai pengktirafan terhadap sumbangan wanita dalam membantu merencana kelangsungan parti itu. Pindaan perlembagaan parti itu akan dilakukan pada Perhimpunan Agung Umno 2019 yang akan berlangsung esok sehingga Sabtu ini.
"Jawatan ketua wanita Umno dinaik taraf sama 'level' dengan timbalan presiden parti, ia sebagai pengiktirafan kepada peranan wanita Umno. Iklan "Kalau kita lihat dalam apa juga gerak kerja wanita telah memainkan peranan yang tidak boleh kita nafikan, bahkan kalau datang mesyuarat pun wanita komitmennya cukup bagus. "Begitu juga dalam gerak kerja pilihan raya, duit tak 'turun' pun wanita tetap melaksanakan tugas dengan baik," katanya ketika wawancara bersama Malaysiakini.

Free Traffic Exchange