Berhati-hati bila mengkritik, kenyataan boleh jadi bahan negatif disebar semasa pilihanraya

2019-12-04 1,419

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkata dia ada menasihatkan tatatertib berucap kepada ahli parti antaranya untuk tidak menyentuh hal kaum, agama dan juga keperibadian seseorang.

Tambahnya, kemudahan teknologi komunukasi dunia yang terbuka dan boleh dilihat dan dirakam melalui media sosial secara langsung, sebarang kenyataan yang dibuat ahli politik mungkin sesuai untuk ketika itu, tetapi ia boleh digunakan sebagai bahan yang boleh mendatangkan kesan dan imej yang tidak diingini ketika kempen pilihanraya.