Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin diarahkan keluar serta digantung menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama dua hari kerana mengingkari arahan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof supaya duduk dan berhenti 'berperang mulut'.
Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang berperang mulut dengan Tajuddin berkata, perbuatan Tajuddin langsung tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang pemimpin.
“Beliau sudah banyak kali melakukan kesalahan. Walaupun sudah meminta maaf, tetapi beliau tidak ikhlas.
“Kenapa perlu kaitkan abu mayat Chin Peng (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) dengan abu yang dicalit di kepala (dahi) pemimpin (wakil rakyat) beragama Hindu. Itu satu perbuatan menghina,” katanya di lobi parlimen.