Bernas pamer beras termahal di dunia

2019-11-30 5,701

Padiberas Nasional Berhad (Bernas) mempamerkan kepelbagaian dan keunikan beras terdapat di Malaysia dan seluruh dunia sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 yang berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall sehingga Ahad ini. Beras termahal di dunia yang dikenali sebagai Kinmemai dari Jepun berharga RM436 sekilogram menjadi tarikan utama di reruai Bernas, lapor Wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.