Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada hari Jumaat berkata ia terpulang kepada MCA untuk memutuskan sama ada parti itu mahu menukarkan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) ke universiti awam, tetapi beliau menegaskan pendirian kerajaan bahawa apabila ia membabitkan pembiayaan awam, mestilah dipisahkan antara parti politik dan pendidikan.
LIm berkata selepas menyerahkan surat komitmen dari Kementerian Kewangan pada hari Jumaat mengesahkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM30 juta setahun kepada Tabung Amanah Pendidikan yang ditubuhkan oleh Persatuan Alumni TAR UC, dan apabila dana amanah ditubuhkan , pembiayaan kerajaan akan diagihkan secara langsung kepada dana amanah.