Kumpulan urus abu Chin Peng tidak ada agenda, sedia bantu siasatan polis

2019-11-28 1,292

Kumpulan penyelaras yang menguruskan abu mayat Chin Peng pulang ke negara ini sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.

Ketuanya Chai Kan Fook, 81, berkata, pihaknya tiada halangan untuk membantu polis sekiranya dipanggil memberi keterangan selepas membawa pulang abu berkenaan dari Thailand ke Malaysia, 16 September lalu.

"Tiada apa yang perlu ditakutkan, saya pun sudah tua, kita tunggu sahaja tindakan polis selanjutnya, jika dipanggil untuk beri keterangan dengan baik, kami akan pergi," katanya seperti dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini.

Menurutnya, proses membawa pulang abu berkenaan dilakukan menggunakan jalan darat selepas mendapat nasihat peguam.

Dia berkata selepas mendengar nasihat peguam, tiada mana-mana undang-undang yang boleh menahan mereka membawa balik abu Chin Peng ke tanah kelahirannya

Beliau mengakui terkejut apabila keputusan membawa pulang abu berkenaan mendapat reaksi pelbagai pihak.

Kam Fook berkata dia tidak ada apa-apa agenda pun dalam perkara ini sebaliknya ia telah diprovokasi oleh pihak-pihak tertentu. Apa pun, pihaknya senang hati kerana dapat menunaikan hasrat Chin Peng.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia memaklumkan telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat bagaimana abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu boleh lolos ke Malaysia dari Thailand.

SUMBER : Sinar Harian