Tak masuk akal

2019-11-25 2,435

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertahankan dakwaannya bahawa pemberian projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bernilai RM1.4 bilion secara rundingan terus sebagai satu skandal walaupun tender itu belum dimuktamadkan.

Presiden MCA itu berkata, pemberian projek secara rundingan terus bertentangan dengan dasar kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Julai 2018 bahawa tiada lagi perolehan, tawaran projek dibuat melalui rundingan terus, sebaliknya wajib melalui tender terbuka.

Beliau turut menegaskan terlalu janggal apabila pada awalnya tawaran projek dibuat secara terbuka tetapi akhirnya diklasifikasikan sebagai projek rundingan terus.

Free Traffic Exchange