Speaker dan ADUN Melaka minta maaf, tapi tiada cium pipi

2019-11-21 3,332

Timbalan Speaker yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Wong Fort Pin dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron saling bermaafan ekoran isu ‘menghalang ADUN Sungai Udang, Idris Haron membaca Al-Quran pada sesi persidangan DUN keempat belas semalam.

Dalam permohonan maaf secara terbuka itu, kedua-dua mereka mengakui wujud salah faham berhubung apa yang berlaku pada persidangan itu semalam.

Fort Pin sekali lagi menjelaskan bahawa dia telah memberi masa yang mencukupi termasuk tiga minit tambahan untuk Idris membentangkan usul.

Jelasnya, arahan menghentikan pembentangan usul itu tidak ada kaitan sama sekali dengan isu tidak menghormati Al-Quran sebagaimana yang ditularkan di media sosial.

“Kenyataan yang menyatakan saya tidak menghormati ayat Al-Quran tidak benar dan saya harus perbetulkan, semalam kedudukan utama pada saya adalah masa.