Dua hari menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, calon BN Wee Jeck Seng merayu pengundi untuk menolak perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya rasis.
Menulis catatan di Facebook dalam bahasa Mandarin, Wee berkata langkah mengundi PH bermakna bersetuju dengan pelaksanaan Jawi di sekolah dan menyokong Himpunan Maruah Melayu.
“Keputusan PRK ini tidak dapat mengubah kerajaan, tetapi ia adalah penting dalam menilai prestasi Mahathir.
“Adakah kita nak khat Jawi? Adakah kita nak Himpunan Maruah Melayu? Adakah kita nak DAP terus berdiam diri?
“Sila pangkah undi anda untuk menolak Mahathir dan Bersatu rasisme,” kata Jeck Seng.