Calon bebas Faridah Aryani yang memperjuangkan nasib B40 tetap mengadakan kempen pilihanraya yang bakal berlangsung lagi 2 hari.
Diambil dari hantaran LIVE dari Facebooknya semalam, Faridah berceramah di atas belakang lori.
Walaupun hujan lebat Faridah tidak mematahkan semangatnya untuk berceramah di saat-saat akhir kempen pilihanraya.
Rata-rata mereka memahami bahawa perjuangan yang saya bawa ini adalah demi kelangsungan hidup B40, yang mana kebanyakan penduduk di Tanjung Piai terdiri daripada kelompok tersebut.