Kita akan cuba teruskan kehendak arwah Farid untuk Tanjung Piai - Tun M

2019-11-14 934

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kehadirannya berkempen berikutan kehilangan seorang rakan, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia.

“Saya macam tidak percaya bila diberitahu dia sudah meninggal kerana baru bersama-sama menunaikan solat Jumaat.

“Tidak nampak dia (arwah) sakit apa-apa dan dia selalu bersama saya, tetapi saya diberitahu dia sudah meninggal,” katanya.

Menurutnya, tiada yang dapat membalas budi Allahyarham Dr Md Farid yang berkhidmat begitu baik melayan pengundi dan rakyat Tanjung Piai.

“Apa kita adakan malam ini (ceramah) mencuba cadangan dan kehendak Dr Md Farid untuk melihat Tanjung Piai ini menjadi kawasan terbaik dengan dibekal segala kemudahan,” katanya.

Menurutnya, penting bagi semua menghargai sesuatu yang baik termasuk kesihatan.