Biarlah dia, itu bos dia - Azmin respon Hishammuddin

2019-11-12 11,459

Kenyataan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seorang yang berani kerana memilih untuk membela diri menerusi keterangan bersumpah ekoran kes pertuduhan membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC) hanyalah pandangan bekas pekerja kepada bekas majikannya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan Hishammuddin itu hanyalah pandangan peribadi beliau berhubung kes Najib.

“Itu pandangan ahli kepada bekas Presiden dia. Biarlah itu bukan Presiden saya.

“Itu bosmu bukan bosku,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Azmin dan Hishammuddin sebelum ini dilihat rapat apabila bergambar bersama pada Julai lalu, bersama Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Instagram beliau.

Free Traffic Exchange