Menurut peguam Najib Razak, Muhammad Shafee berkata walaupun sedih apabila Najib perlu membela diri, dalam masa sama dia juga gembira kerana anak guamnya itu diberi peluang untuk menceritakan dari pihaknya.
Dia juga memberitahu kes ini mungkin akan berlarutan sehingga PRU15.
“Satu, anda akan mendengar kisah sebenar dari tertuduh. Dia perlu memberitahu versi apa yang berlaku di SRC, sejauh mana yang dia tahu, apakah perkara yang boleh dipertikaikannya, sama ada dia mengawal SRC, seperti yang telah kita katakan bahawa ia bukan bawah kawalannya," katanya.
Shafee menambah bahawa beliau percaya alasan yang diberikan oleh hakim akan menjadikan pembelaan lebih mudah "kerana perkara-perkara yang jelas tidak dapat dibuktikan... tidak boleh dibuktikan, telah dipertimbangkan."