Presiden PKR, Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang mahu menyerahkan jawatan perdana menteri kepada beliau.
"Terima kasih kepada rakyat, kepada Pakatan Harapan dan kepada Tun (Mahathir).
"Saya dah jelaskan, saya secara ikhlasnya sebenarnya malas nak jawab (isu ini).
“Keputusan dibuat sebelum pilihan raya, mandat dalam pilihan raya, setakat ini tidak ada pimpinan Pakatan Harapan yang mengusulkan nama lain," katanya.
Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengesahkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya.