“Penagih bukan penjayah dan jalan kehadapan adalah jalan pemulihan dan bukan klasifikasi sebagai penjenayah. Cukuplah anak muda di mana hidup mereka dibinasakan kerana pengaruh dadah.
“Lebih teruk bukan sahaja isu penagihan dadah, malah apabila mereka merupakan penagih lalu mereka dihukum, masuk penjara, ada rekod jenayah, tidak dapat pekerjaaan, tak ada tempat dalam masyarakat, diasingkan, didiskriminasi dan akhirnya mereka kembali semula terjerumus dengan masalah dadah. Jadi lebih baik membantu daripada menghukum,” tegas Syed Saddiq dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam.