Sessi pagi Dewan Rakyat kecoh lagi apabila MP Pasir Salak Tajuddin bin Abdul Rahman yang mempersoal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub yang menjawab pertanyaan dari MP Pendang- PAS.
Ia menyentuh persoalan isu benih padi yang tidak mencukupi dan meminta Salahuddin menyiasat kerana jumlah bekalan benih yang biasanya 80 kuota tetapi tetapi bila disiasat tinggal hanya 40 sahaja.
Ketika Menteri Pertanian mencadangkan penyelesaian kekurangan kuota dan diserahkan perolehan kepada KSU, MP Pasir Salak mencelah meminta Salahuddin turun padang sendiri dan menyiasat.