Tolong rampas dan bakar komik itu serta merta - UMMAH

2019-10-23 4

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menggesa pihak Kementerian Pendidikan (KPM) supaya menarik balik, membuang seterusnya membakar komik propaganda yang kini menjadi kontroversi di negara ini.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak membenarkan pengedaran komik tersebut ke mana-mana institusi pendidikan di seluruh negara.

“Tetapi buku itu ada di sekolah dan sekarang ini tindakannya adalah, kalau boleh pihak sekolah di Pulau Pinang rampas dan bakar komik tersebut.

“Kami menyarankan pihak KPM mengeluarkan satu surat pekeliling dan menarik semula semua buku yang mempunyai doktrin tentang komunis. Dalam komik itu juga jelas mengatakan Lim Kit Siang adalah hero dalam negara.

“Jadi, tolong rampas dan bakar serta-merta komik itu. Tindakan itu perlu dibuat dalam tempoh 24 jam, kalau tiada sebarang tindakan diambil, kita pula akan buat tindakan susulan,” tegasnya dalam sidang media di pejabat Ummah

Free Traffic Exchange