Blok pembangkang hari ini mencadangkan Dewan Rakyat dibubarkan susulan kehadiran mengecewakan ahli Parlimen sepanjang persidangan.
Loceng Dewan Rakyat dibunyikan seminit pada jam 4.06 petang berikutan korum kehadiran Ahli Parlimen yang tidak mencukupi.
Ismail Sabri berkata, ada ketika menteri dan timbalan menteri bertanggungjawab juga tidak kelihatan berada di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan berlangsung.
“Ketika kami dalam kerajaan dulu, perkara seperti ini sentiasa diambil perhatian.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya kecewa apabila Dewan Rakyat yang masih bersidang terpaksa dihentikan seketika susulan korum kehadiran tidak mencukupi.
Sekurang-kurangnya 26 Ahli Parlimen mesti berada di dalam dewan setiap kali berlangsung sesi perbahasan atau mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat.
“Kejadian ini pernah berlaku tapi jarang. Kita lihat trend (kehadiran mengecewakan Ahli Parlimen) ini sejak Isnin lalu tapi seperti tidak diendahkan.