Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) , Khalid Yunus sebak mengenangkan penubuhan Utusan Melayu yang bermula pada tahun 1939.
"Apa yang berlaku pada Utusan Melayu, sudah tentu memeranjatkan kami. Kami tak pernah menyangka syarikat berusia 80 tahun akan berakhir dengan cara begini." katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, pagi tadi.
"Dengan pemberhentian syarikat akhbar ini, maka sia-sialah segala hasil penat lelah pengasas, pejuang dan mereka yang pernah berkhidmat sejak 80 tahun lalu.
Katanya, syarikat yang dianggap suara keramat orang Melayu gulung tikar secara rasmi tiga hari selepas Kongress Maruah Melayu di Shah Alam.