RM90 juta untuk promosi Tahun Melawat Malaysia

2019-10-11 1

Untuk meningkatkan manfaat ekonomi VMY2020, Kerajaan akan mencadangkan insentif cukai yang disasarkan keatas sektor kesenian dan pelancongan.

Bagi memenuhi hasrat VMY2020, sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni danBudaya (MOTAC) di mana RM90 juta dikhaskan untuk meningkatkan kesedaran, promosi dan program sempenakempen VMY2020.

Dalam pada itu, sebahagian besar daripada levi pelepasan yang dikenakan kepada penumpang yang keluar negara menggunakan pengangkutan udara mulai 1 September 2019 akan diperuntukkan kepada projek infrastruktur pelancongan.