Belanjawan 2020 sokong usahawan Bumiputera

2019-10-11 93

Bagi terus menyokong usahawan Bumiputera baharu, SME Bank akan memperkenalkan dua dana baharu di mana kerajaan akan menyediakan subsidi kadar faedah 2 peratus setahun bagi mengurangkan kos pinjaman.

Peruntukan dana RM200 juta khusus untuk usahawan wanita dengan tawaran pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap PKS juga peruntukan dana RM300 juta untuk menyokong PKS yang berpotensi menjadi jaguh serantau.

Untuk tujuan ini kata Lim, keutamaan akan diberikan kepada pengeluar produk halal serta pengeluar produk dengan kandungan tempatan yang tinggi.