Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kekuatan sesebuah kerajaan tidak akan tergugat sekiranya ia mempunyai belas kasihan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang, juga kepada makhluk yang ada di dunia. Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata belas kasihan adalah untuk semua manusia tanpa mengira warna kulit dan keyakinan agama bagi memastikan hidup mereka yang susah terbela