Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan tampil menegaskan bahawa beliau bukan antara individu yang didakwa menerima wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan berkata, perbincangan dengan peguamnya akan dilakukan untuk mengambil tindakan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memintanya memulangkan wang dipercayai daripada 1MDB. “Saya sudah memaklumkan bahawa saya tidak pernah menerima cek dengan sejumlah yang ditunjukkan salinan cek kepada saya oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPRM itu.