Mengulas mengenai demonstrasi berterusan di Hong Kong, Dr Mahathir Mohamad berpandangan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam, seharusnya meletakkan jawatan bagi mengelak keadaan lebih runcing di wilayah berkenaan. “Hakikatnya dia (Lam) kini dalam dilema, dia perlu patuh kepada tuan dan pada masa sama bertanya nuraninya, nuraninya berkata rakyat Hong Kong di pihak yang betul dalam menolak undang-undang. Tetapi dia tahu akibat menolak undang-undang. “Ia pernah terjadi dalam peristiwa Tiananmen di China. Rakyat yang berdemonstrasi ada pertalian keluarga dengan askar di kawasan itu. Apa yang mereka buat, bawa askar dari kawasan lain dan ambil tindakan keras untuk menamatkan demonstrasi. “Saya rasa akhirnya itulah akan dilakukan China tetapi bagi pentadbir, saya rasa jalan terbaik ialah letak jawatan,” katanya.