Tukar laluan mendadak, penunggang motor "terbang"

2019-09-30 42,400

Akibat menukar laluan secara mendadak, sebuah kereta dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak, menyebabkan penunggangnya melambung.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.41 petang itu, kereta Toyota Camry dari negara jiran dipandu seorang jurutera berusia 36 tahun yang dalam perjalanan ke arah ibu negara itu tiba-tiba mengubah laluan dari lorong kiri ke kanan.

Pada masa sama, sebuah motosikal ditunggang seorang juruteknik dari arah belakang yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan merempuh belakang Toyota terbabit menyebabkan lelaki itu melambung dan jatuh di sisi kanan hadapan kereta berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh, berkata penunggang motosikal berusia 28 tahun itu bernasib baik kerana hanya mengalami patah tangan akibat kejadian itu.

“Lokasi kemalangan adalah laluan lurus dengan lima lorong dan kemalangan berlaku di lorong keempat iaitu laluan masuk ke Terowong SMART.