IPCMC akan ada 8 penambahbaikkan

2019-09-20 1,384

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew View Keong berkata pihaknya menerima lapan cadangan pindaan berkaitan RUU IPCMC, di mana ia telah dibincangkan bersama pihak berkenaan. Menjawab soalan sama ada terdapat sebarang pindaan berhubung RUU tersebut bagi bacaan kali kedua nanti, menurutnya, antara tambahan klausa itu adalah berkaitan hak untuk merayu terhadap mereka yang telah dijatuhkan hukuman.

Sementara itu, beliau menegaskan penubuhan IPCMC tidak akan bercanggah dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kerana JIP mempunyai fungsi yang berbeza di mana ia lebih menumpu kepada tindakan disiplin di kalangan anggota polis.

Penubuhan IPCMC merupakan cadangan daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 4 Februari 2004, dan diumumkan oleh perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi. Ia merupakan salah satu daripada 125 cadangan yang diusulkan suruhanjaya diraja selepas melakukan kajian selama 15 bulan seputar isu-isu dalam polis seperti salah laku, hak asasi manusia, jenayah dan rasuah dan kebajikan. S

Sebelum ini, IPCMC berdepan tentangan daripada pihak polis yang mendakwa suruhanjaya itu akan menghakis kuasa polis.

Free Traffic Exchange