Legasi kerajaan terdahulu halang janji manifesto PH royalti minyak

2019-09-13 5,918

Isu yang ditinggalkan kerajaan terdahulu menghalang pelaksanaan janji dibuat di bawah manifesto Pakatan Harapan (PH), khususnya berkaitan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.


Beliau berkata, kerajaan terdahulu menyebabkan sejumlah besar dana sama ada dibazirkan atau meletakkan Malaysia dalam keadaan bermasalah.

“Anda bercakap mengenai dana RM150 bilion, yang bukannya satu jumlah yang kecil. Ini sudah tentu memberi cabaran kepada kerajaan untuk melaksanakan janji.