Peguam Siti Zabedah Kasim menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan 18 lagi pihak.
Dia mendakwa pihak itu membuat tangkapan secara salah dan penahanan yang tidak mengikut undang-undang semasa serbuan terhadap acara tertutup golongan transgender di Kuala Lumpur.
Writ saman itu difailkan oleh tetuan Messrs Saha and Associates di pendaftar Mahkamah TInggi Kuala Lumpur pada 1 April lalu.Mahkamah tinggi Kuala Lumpur pada 13 Jun 2017 mengarahkan Jawi memberikan butiran berkaitan pegawainya yang terlibat menahan Siti dalam acara itu.