PH hadapi tentangan hebat untuk menang PRU15

2019-09-11 6,331

PH mempunyai tugas berat untuk dilaksanakan sekarang sekiranya parti komponen itu ingin mengulang kejayaan lalu dan kekal memegang tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15), tahun 2023 nanti.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, PH bakal berdepan rintangan lebih hebat pada pilihan raya akan datang kerana bukan mudah untuk terus memperoleh kepercayaan rakyat buat kali kedua.

“Dalam pilihan raya lalu, yang menjadi isu utama ialah bekas perdana menteri, Najib Razak. Namun, pada PRU15, situasi tak akan sama.

“Rakyat akan menguji prestasi PH, dan hal itu tak akan menjadi tugas yang senang.

"Biasanya kali kedua tak pernah mudah,” kata beliau.

Dr Mahathir ditemui pada Malam Gala filem dokumentari M for Malaysia di kompleks beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur malam tadi.

Isterinya Siti Hasmah Hasmah Mohamad Ali hadir sama menemani perdana menteri.