Menteri Pemuda dan Olahraga, Imam Nahrawi hari ini memohon maaf secara langsung kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan kekecohan di Stadium Gelora Bung Karno semalam.
“Kehadiran saya untuk menyampaikan langsung permohonan maaf atas nama masyarakat dan pemerintah Indonesia atas peristiwa tidak mengenakkan atas kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong (Indonesia) seperti yang kita sama-sama lihat semalam." katanya kepada media selepas pertemuan empat mata dengan Syed Saddiq.
Beliau turut memuat naik video berdurasi 47 saat dalam facebooknya bagi menyampaikan permohonan maaf kepada penyokong Malaysia.