Sisa binaan yang dibuang secara haram punca pembakaran terbuka berlaku di Johor

2019-08-27 1

Sisa binaan yang dibuang secara haram di beberapa kawasan tanah terbiar antara punca menyebabkan pembakaran terbuka berlaku di Johor.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Johor, Tan Chen Choon.

Sebanyak 296 titik panas tapak kosong terbiar di sekitar Johor Bahru dikenalpasti berpotensi berlaku pembakaran haram terbuka.

Daripada jumlah itu, 46 tapak dikesan aktif dan didapati kerap berulang.

Tan Chen Choon ditemui ketika mengulas mengenai tapak haram yang dijadikan tempat pembakaran sampah secara terbuka di sekitar Johor Bahru.

SUMBER : Berita RTM