'Suara perpaduan, kesederhanaan satukan rakyat perlu dipertahankan'

2019-08-20 866

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah masa hadapan rakyat dan negara, tidak harus diserahkan kepada kumpulan yang membawa fahaman pelampau kaum atau agama.

Titah baginda, suara perpaduan dan kesederhanaan yang menyatukan rakyat negara ini sejak 62 tahun lalu harus dipertahankan dan jangan membenarkannya dirampas oleh mana-mana pihak yang bertujuan politik sempit jangka pendek.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Ke-48 Politeknik Ungku Omar (PUO) Ipoh hari ini.