Menteri sahkan KSU dipanggil SPRM

2019-08-07 1,882

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Mohammadin Ketapi mengesahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Isham Ishak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dan hari ini bagi memberi keterangan.

Bagaimanapun Mohammadin tidak memaklumkan sama ada tindakan SPRM itu bagi siasatan berkaitan salah laku rasuah atau perkara lain kerana belum berkesempatan berjumpa Isham.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam, notis memerintahkan Isham hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM tular di laman sosial sehingga menimbulkan tanda tanya berhubung kes yang disiasat.