Ummah akan menganjurkan Konvensyen Perpaduan Ummah untuk menggalakkan penyatuan dalam kalangan organisasi Islam di negara ini.
Menurut Aminuddin, konvensyen yang dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos di Hotel Kuala Lumpur International akan menjadi medan perbincangan isu-isu berkaitan Islam dan bangsa Melayu, melibatkan pihak berkaitan yang merentasi fahaman politik serta ideologi.
Katanya, konvensyen tersebut turut bakal menghimpunkan tokoh dan cendekiawan serta pemimpin politik.