Jumpa ADUN Selangor semalam bincang isu PPRT - Zuraida

2019-08-03 1,558

Mengenai perjumpaan beliau bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor semalam, Zuraida Kamaruddin berkata perjumpaan tersebut diadakan bagi membincangkan isu PPRT.

“Saya bercakap tentang Dasar Komuniti Negara yang memberi tumpuan kepada PPRT. Di kawasan perumahan ini, kita kena buat program penguatkuasaan dan taklimat intensif. Kita mahu perbaiki kualiti hidup golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘Little River Festival 2019’ di sini hari ini.