Penguatkuasa Indonesia boleh halau, tapi jangan tahan kapal kami

2019-07-23 2

Pemborong ikan dan nelayan dalam negara hari ini gelisah dengan isu penahanan bot dan nelayan Malaysia oleh penguatkuasa Indonesia di Zon Pengairan Malaysia kerana ia boleh menyebabkan berlaku kekurangan bekalan, sekali gus membuat harga ikan melambung tinggi.
Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur, Sing Kian Hock, berkata jika isu penahanan bot dan nelayan Malaysia berterusan, masalah tersebut akan berlaku.

Katanya dalam keadaan begitu juga negara mungkin terpaksa mengimport bekalan dari Thailand pula. “Selain pendapatan terjejas, isu ini juga menyusahkan nelayan untuk keluar tangkap ikan,” katanya ketika ditemui di luar Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, hari ini.