Mana-mana individu yang terlibat sabotaj punca pencemaran Sungai Selangor boleh dikenakan tindakan di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata pihaknya mengambil serius perkara berkenaan dan telah mengarahkan Ketua Polis Selangor untuk turun padang serta mengetuai siasatan kes berkenaan.
"Polis ambil serius perkara ini, pada zaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu, kes-kes sabotaj yang melibatkan kepentingan rakyat seperti utiliti air dan elektrik bolah dikenakan tahanan di bawah ISA.
"Kami akan menggunakan sebarang undang-undang (berkaitan) yang serius untuk menyiasat kes berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.