M'sia ambil langkah wajar kurangkan risiko konflik perdagangan antara AS-China

2019-07-18 331

Malaysia telah mengambil beberapa langkah wajar bagi mengurangkan kesan risiko konflik perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China ke atas perdagangan dan pelaburan di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata antara langkah yang diambil adalah mensasarkan lebih banyak pelaburan berkualiti di negara ini.

"Ia meliputi pelaburan yang mempunyai nilai tambah tinggi berorientasikan eksport, pimpinan pasaran berteknologi seni, teknologi hijau, teknologi proses ataupun mempunyai kajian dan penyelidikan terkini dan juga mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta berjenama global," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.