Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan seramai 133,000 pendeposit baharu dengan jumlah simpanan RM83 juta selepas pelan penstrukturan dan pemulihan semula badan itu dari Januari hingga Mei lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata TH turut merekodkan pertambahan pendeposit baharu melebihi 46,000 orang bagi tempoh April hingga Jun selepas pengumuman hibah.
“Selain itu, tiada pengeluaran luar biasa sehingga Jun 2019, ini menggambarkan keyakinan pendeposit terus konsisten terhadap TH,” katanya.