Penerokaan ilmu baharu mampu bawa M'sia jadi negara maju

2019-07-16 1,429

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menekankan penerokaan ilmu baharu termasuk 'artificial intelligence' (kecerdasan buatan) yang mampu membawa Malaysia menjadi negara maju.

Namun, beliau berkata ia hanya dapat dilakukan melalui penguasaan bahasa Inggeris kerana ilmu berkenaan diteroka oleh mereka berbahasa Inggeris.

"Soal perasaan kebangsaan mungkin mendorong kita untuk mengekalkan bahasa kita, tetapi kalau kita menjadi orang yang tidak berilmu, bangsa kita dan bahasa kita tidak akan berkembang maju," katanya.

Dr Mahathir menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.