Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob mahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kenyataannya bahawa wang GST telah dirompak kerajaan terdahulu.
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin juga turut menggesa perkara yang sama.
Namun, Timbalan Yang di-Pertua Nga Kor Ming menyarankan agar pembangkang menulis surat kepada Yang di-Pertua untuk merujuk Lim ke jawatankuasa tersebut.