Penunjuk perasaan belasah polis di Hong Kong

2019-07-15 3,936

Video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan memukul seorang anggota polis di sebuah pasar raya, sekali lagi mencetuskan ketegangan terus berlaku susulan rancangan membenarkan ekstradisi ke tanah besar China dan ia tidak menunjukkan tanda akan reda.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di pasar raya berhampiran Sha Tin, yang terletak antara kawasan bandar utama sekitar pelabuhan dan sempadan China.

Sejak sebulan lalu, Hong Kong digegarkan dengan pelbagai bantahan secara aman besar-besaran, selain siri keganasan berasingan terhadap anggota polis, yang dicetuskan oleh rang undang-undang yang membenarkan ekstradisi ke tanah besar China dan negara lain.

Bulan lalu, Parlimen mengalami kerosakan selepas ratusan penunjuk perasaan bertopeng diketuai belia menyerbu masuk bangunan itu.

Walaupun rang undang-undang itu ditangguhkan sebelum dibatalkan, ia tidak mencukupi untuk membendung kemarahan orang ramai.

Ia kemudiannya bertukar menjadi pergerakan lebih besar bagi menggesa pembaharuan demokratik, hak mengundi dan penggantungan kebebasan di hab separuh autonomi itu.