Big Blue Taxi tidak akan berpuas hati sampai bila-bila, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Menurut Anthony Loke, pemilik syarikat teksi itu juga ada memohon kuota untuk e-hailing sebanyak 10,000.
Beliau mengulas kenyataan Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Shamsubahrin Ismail yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan kerana tidak melaksanakan penguatkuasaan lesen PSV bagi pemandu e-hailing berkuatkuasa hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya hari ini.